STRATEGI PENGURUSAN MASA BAGI PELAJAR
Pengurusan masa sangat mencabar bagi pelajar siswazah terutamanya pelajar dewasa yang mempunyai banyak komitmen dan tanggungjawab yang pelbagai. Mereka perlu mengimbangi masa mereka sebagai pelajar, pekerja dan juga bersama keluarga. Oleh itu, pengurusan masa adalah sangat penting kepada mereka kerana ia adalah kunci untuk mengharmonikan dan menstabilkan gaya hidup mereka. Pengurusan masa yang baik dapat membawa banyak kebaikan seperti menjaga hubungan baik antara rakan dan juga keluarga.
Oleh itu disini akan dikongsikan beberapa tips dalam menguruskan masa pelajar di universiti:
1. WUJUDKAN BUKU LOG
Sediakan buku log atau buku nota dan bawa ia kemana sahaja anda pergi. Ia sangat penting kerana dengan adanya buku tersebut, anda perlu menulis ‘perkara yang perlu dibuat’ setiap hari. Tekankan pada tugasan dan perkara yang penting dahulu kemudian baru yang mudah. Rujuklah buku log anda setiap masa untuk mengetahui apa yang anda perlu lakukan pada hari tersebut. Jadikan ia mudah dibawa dan disimpan supaya praktikal setiap masa.
2. SEDIAKAN JADUAL DAN PERUNTUKAN MASA
Wujudkan jadual mingguan untuk menentukan tugasan yang perlu dilakukan setiap hari. Tentukan jumlah masa yang diperuntukan untuk menyiapkan satu-satu tugasan. Bahagikan masa untuk melakukan aktiviti akademik dan bukan akademik. Pastikan semuanya ditulis dan dinyatakan di dalam jadual mingguan.
3. ELAKKAN DARI TERPEDAYA DENGAN PERKARA TRIVIA
Pada zaman teknologi yang canggih ini, kita sering terganggu oleh perkara-perkara tidak penting seperti meluangkan terlalu banyak masa melayari media social seperti Facebook, Instagram dan Twitter. Jadi, elakkan diri anda dari terjebak dengan meluangkan masa terlalu banyak pada media social. Hadkan masa bebrapa minit sahaja jika ingin berehat untuk melayari media social. Disiplinkam diri anda dan sentiasa set masa agar tidak terus hanyut dan membuang masa di situ.
4. FOKUS
Fokus semula objektif anda mengapa melanjutkan pengajian . Apa yang ingin anda capai demi masa hadapan. Fokus kepada matlamat merupakan kunci terbaik untuk mendisiplinkan diri anda untuk mengurus masa dengan baik. Jauhi segala perkara yang boleh mengganggu fikiran atau menghalang anda untuk menyiapkan tugasan. Jika mematikan telefon bimbit adalah cara untuk anda fokus, bolehla dilakukan. Jika anda rasa boleh fokus jika membuat tugasan anda di kafe atau restoran, silakan berbuat demikian. Segala usaha yang anda lakukan adalah penentu kejayaan pada masa hadapan.
Rujukan : Link